Follower Setia SYK

Ahad, 27 Februari 2011

Suami yang Kubenci 19

Pap!! pap!!
“Ieee…buat apa kita datang tempat ni..banyak nyamuk lah…tengok,habis lengan saya dah merah..”Hannah menggaru pangkal lengannya yang sudah beberapa kali digigit nyamuk.Walaupun baju t-shirt Anis yang dipinjamnya itu berlengan panjang tapi masih gagal menghalangnya dari tidak digigit.
Uwais seperti biasa buat muka tak tahu sahaja.Baru kena gigit sikit dah komplen..takde ikhtiar hidup langsung.Inilah orang kaya…
“Apa salahnya nyamuk tu gigit,bukan nyamuk aedes pun,nyamuk biasa aja…cubalah buat amal sikit pagi-pagi ni..” Uwais mengatur kemas langkahnya.Bunyi kicauan burung dari atas pokok menarik perhatiannya untuk mendongak ke atas,kelihatan sekumpulan burung kelicap sedang mencari makan di awal pagi sebegitu.
“Buat amal apa pulak? saya cakap pasal nyamuk bukan pasal rumah kebajikan…” bicara Hannah membuatkan dia kembali menatap wajah isterinya itu.Mata coklat itu sudah membulat,tanda tidak puas hati dengannya.Dia suka melihat mata Hannah..cantik,mana-mana lelaki pun pasti akan jatuh hati dengan Hannah..tapi kalau tengok pada sikap angkuh dan sombongnya,dia sendiri kadang-kadang hilang sabar.
“Maksud saya,derma darah…” Uwais ketawa.Hannah terus sahaja berjalan mendahului Uwais..derma darah pada nyamuk buat apa?
“Awaklah derma darah awak kat nyamuk-nyamuk ni semua..apasal saya pulak?
“Darah saya tak sedap..darah awak lain,darah awak kan darah mahal..sebab tu nyamuk-nyamuk ni asyik gigit awak aja..”
“Ada aja point awak kan? bilalah awak nak berhenti sindir saya hah?
“Okey..okey…saya tak usik dah..”Uwais angkat tangan macam orang angkat sumpah.
“Kita nak pergi mana ni?
“awak cakap kat belakang rumah ni ada dusun? saya tak nampak apa-apa pun..tanah paya aja kat sini..”Hannah melihat sekeliling.Memang ada banyak pokok,tapi jauh di seberang kawasan paya itu.Dia Cuma nampak beberapa ekor kerbau sedang berkubang.
“Wah,awak memang tahu pasal tanah ya?”
“Tengok oranglah..saya ni CEO syarikat hartanah ,kalau setakat tanah paya macam ni,saya tengok pun saya boleh tahu,tanah kawasan ni bekas tapak sawah padi kan? “
“Memang betul…pandai jugak awak kan?”
“Hallo…saya ada master dari University of London tau…”
Uwais angguk saja.Huh! berlagak betul dia ni…macamlah hebat sangat ada master dari University kat UK tu..lainlah kalau ada Phd. dari University Of Planet Marikh ke..nak jugak aku terkejut..terjun paya ni pun takpe…
“Hmm..memang hebatlah tu..sekarang saya nak tanya Puan Hannah Maryam binti Umar Muhkriz yang bijaksana..pokok kat tepi kita ni pokok apa?”
Hannah menoleh ke sebelah kirinya.Ada serumpun pokok buluh.
“Ini? tanya budak tadika pun tahu..inilah pokok bamboo..emm..orang kita panggil..pokok buluh..kan?”
Uwais senyum.Bukan apa,cara Hannah menjawab nampak teruja sangat…dah tu,dia layan jugak nak jawab soalan poyo aku tu tadi..lurus jugak isteri aku ni..
Uwais mendekati sebatang pokok duku yang sedang berbuah lebat.Dipetiknya beberapa biji buah yang sudah hampir masak itu.
“Yang ni?” diberikan sebiji pada Hannah.Buah kecil berbentuk bulat itu dibelek Hannah.Ish…buah apa ni? aku rasa macam pernah makan tapi…dah lama dulu,tak ingat lah pulak..apa ya? berkerut-kerut dahi Hannah.
“Hah! saya tahu..inilah buah ciku..”jawabnya yakin.Siap tayang muka konfiden pulak tu.Berderai tawa Uwais..
“Ciku? “
“Betul la kan” Hannah tak puas hati…rasanya betul la tu…ada ku..ku..kat belakang..cikulah! sebenarnya dia bukan ambil kisah sangat pasal buah-buahan tempatan ni..kalau dia tahu pun buah petai,sebab dia memang anti buah jenis ulam tu..tapi yang ini..tak pastilah pulak!
“Ini buah dukulah sayang…bukan ciku..”
“Lebih kuranglah tu..”Hannah tetap tak mahu mengalah.Bukan salah aku kalau tak betul jawab..dia ni pun satu,kalau iyapun sebenarnya nak ajak aku dating..bawaklah tempat yang romantic..ini tak! ada ke bawa pergi dusun? memang macam ni agaknya kalau dating dengan budak kampung..takde taste langsung!
“Hmmm..jom kita pergi kat kawasan sebelah sana..awak pernah makan bunga tak?”
“Hah? awak ingat saya ni kambing ke nak makan bunga? mestilah tak pernah!”
“Lah..bukan ke?”Uwais ketawa.Belum habis ketawa dia rasa sesuatu melantun di kepalanya.
“Aduh…”
“Hah…gelaklah lagi..” rupanya Hannah telah membaling buah duku yang diberikannya tadi.Uwais meraba-raba dahinya.Lagaknya seperti dia berasa benar-benar sakit akibat terkena balingan itu..
“Err…sakit ke?” Hannah jadi cuak.Kuat sangat ke aku baling buah tu tadi..takkanlah sakit..dah la buah tu kecil aja saiznya..tapi manalah tahu kalau-kalau boleh luka..
“Sakitlah..”Uwais bersuara seperti marah.Hannah serba salah.Dia mendekat.
“Mari saya tengok…sorrylah! saya bukan sengaja..separuh sengaja je tadi..” Tu dia!!!..hah,menjadi jugak taktik aku..berjaya jugak aku buat dia minta maaf..
“Takde luka pun? benjol pun tak..” Hannah mengusap dan membelek dahi Uwais.
“Memanglah tak..siapa cakap ada?” Uwais senyum nakal.Hannah baru perasan yang dia kena tipu lagi dengan taktik “nakal” Uwais yang sepatutnya dia dah boleh baca.Mata mereka berpandangan..
“Mengadalah awak ni..”Hannah spontan menampar lembut pipi Uwais.Dia malu sebenarnya bila Uwais merenungnya begitu.Degupan jantungnya mula berdetak kencang..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Betul ke bunga ni boleh makan?” Hannah seperti tak percaya bila Uwais mengatakan biji yang dikeluarkan dari bunga teratai yang diambil dari paya itu boleh dimakan.
“Iya sayang… “Hannah sudah dua kali perasan Uwais memanggilnya sayang walaupun tanpa kehadiran mak mertuanya..Entahkan tak sengaja atau sengaja yang pasti dia suka cara Uwais melafazkannya..tak percaya,saya makan ya? Uwais mahu memasukkan isi bewarna putih itu ke dalam mulutnya.
“Eh..janganlah…kan bunga ni dari paya..kotorlah awak..nanti awak sakit macamana?”
“Taklah..higernic ni..kecil-kecil dulu saya selalu makan biji teratai ni..”Uwais masih juga mahu memakannya.
“Hmmm..ok aja? bukan beracun pun..”
Hannah rasa lega..tapi tiba-tiba Uwais memegang bawah lehernya.
“Kenapa ni awak? itulah..saya cakap jangan makan buah tu..” Hannah cemas bila Uwais sudah melutut dan seperti sesak nafas.
“Awak…tolonglah jangan nak takutkan saya..”Hannah memegang kedua pipi Uwais yang kelihatan lemah.Ya Allah! apa aku nak buat ni? keracunan ke Uwais ni?
Huurrhhhhggg…hak..hak..hak…
Uwais bangun tiba-tiba dan ketawa sama seperti di bawah pokok duku tadi.Hannah ketap bibir,dia mencekak pinggang.Demi Allah,kalau Uwais tak bangun dan ketawa tadi..dia dah hampir saja menangis…Uwais memang melampau!!! ini bukan bergurau lagi dah…
“Awak ni kan…memang melampau tahu tak…”
“Takpelah,dapat jugak saya tengok muka risau awak tu..sayang jugak awak kat saya kan?”
“Ieee…tolonglah! jangan nak perasan ya..dah lah.saya tak naklah ikut awak lagi..saya nak balik!”
“Eh..nantilah dulu…” Uwais mengejar Hannah.Pergelangan tangan Hannah dipegangnya.
“Saya janji saya tak main-main lagi dah..betul! jom..saya nak tunjukkan awak sesuatu..”Uwais menarik tangannya.Mereka melewati kawasan tali air yang merentangi tanah paya itu.
“Awak nak tunjuk apa?”
“tu…”
Uwais menunjukkan ke arah tali air yang selebar satu meter itu.Apa kes pulak dia tunjuk kat aku tali air ni? Seketika Uwais menghilang dan kembali bersama sebiji botol kaca dan penangguk.Agaknya tadi Uwais pergi ke sebuah pondok yang tidak jauh dari situ.Uwais menyinsing kaki seluar beggy yang dipakainya.Kemudian dia terjun ke dalam tali air itu.
“Awak nak buat apa? kalau nak mandi pun takkanlah dekat sini..”Hannah menggeleng.Biar betul suami aku ni…aku tahulah dia suka memancing,takkanlah dekat tali air ni pun dia nak buat aktiviti tangkap ikan?
Memang betul tekaannya.Uwais memang sedang menangguk ikan di dalam tali air tu tapi sesuatu yang membuatkan dia teruja bila Uwais memasukkan seekor ikan kecil ke dalam botol kaca itu.Ikan kecil yang berwarna biru dan berekor ungu itu kelihatan meliar berenang di dalam bekas itu.Ekornya kembang seakan ikan emas tetapi saiznya yang kecil dan comel itu lebih menarik lagi.
“Cantiknya…..”Hannah membelek botol yang berisi ikan itu.Uwais sudah naik ke darat tetapi kakinya masih di dalam tali air.Dia sekadar duduk di tebingnya untuk melepaskan penat.
“Hmmm…nasib baik dapat,bukan senang nak dapat ikan ni tau..cantik kan? jarang boleh dapat warna macam ni..”
“Ikan apa ni?”
“Ikan laga…kalau jual bolehlah dapat seratus dua..”
“Ikan ni? hmm…boleh tahan juga ya? “
“Kalau awak nak tahu,dulu…masa kecil-kecil,saya selalu ke sini..kadang-kadang,masa arwah ayah bersihkan dusun,dekat sinilah saya berkubang..bila ayah meninggal,masa tu saya masih di sekolah menengah..mak ambil alih tugas ayah..kadang-kadang bila tak cukup duit belanja,atau saya perlukan duit untuk beli sesuatu saya akan datang ke sini..saya tangguk ikan ni sampai saya dapat..kemudian saya jual..dan duitnya saya simpan..” Uwais menarik nafas,Mengingati kenangan zaman kanak-kanak yang tak pernah pudar dari ingatannya.Hari ni dia berkongsi kisah zaman kanak-kanak itu dengan Hannah..supaya Hannah mengenali dirinya ..mengenali dunianya..
“Awak jual ikan ni untuk dapatkan duit belanja?” Hannah merenung botol kaca di tangannya.Sayu pulak dia dengar cerita Uwais.Dia tak pernah rasa susah sampai terpaksa berpanas atau bermandi peluh untuk dapatkan duit.Hanya untuk dapatkan sedikit duit,Uwais perlu berpenat lelah begitu?
“Hmmm..kita langsung tak sama kan?datang dari dua dunia yang berbeza? saya yang bermandikan lumpur dengan awak yang bermandikan dengan wang ringgit..saya memang tak boleh salahkan awak kalau awak tak pernah sukakan saya…”Uwais bangun dan menyapu pakaiannya yang kotor.Hannah terusik dengan ayat itu..seperti nak saja dia luahkan sesuatu yang terbuku dalam hatinya. Dia rasakan…yang dia dah mula sukakan Uwais…namun untuk meluahkan rasa itu terlalu sukar baginya,lagipun dia tidak pasti suka atau cinta?
“Ikan tu,saya hadiahkan untuk awak…maaflah sebab saya tak mampu bagi hadiah yang mahal..”

“Kenapa pulak nak minta maaf,ada saya cakap saya tak suka? inilah hadiah yang paling baik yang pernah saya terima..sebab awak sendiri yang dapatkan ikan ni..” Hannah mengukir senyum.
Uwais seperti tak percaya dengan apa yang dia dengar.Adakah luahan itu datang dari hati yang ikhlas.
“Awak suka?”
“Mestilah…jomlah balik! hari dah panas ni,nanti terbakar kulit saya…” Hannah menarik lengannya.
“Nantilah kejap..saya kena hantar kawan baik saya balik rumah dia..”
“Kawan mana pulak ni?” Hannah pelik.Rasanya aku dengan dia aja kat sini..
“Ni hah..”Uwais meraba betisnya,seekor lintah ditarik dan dicampakkan ke dalam tali air.Hannah terjerit bila melihat ada kesan tompokan darah di betis Uwais.
“Awak…betis awak keluar darah tu..”
“Takpelah…darah kotor ni,takkanlah awak tak tahu yang lintah boleh digunakan rawatan sama macam buat bekam?”
“Whateverlah! yang penting awak tak apa-apa…”jawab Hannah.Uwais membiarkan Hannah melangkah mendahuluinya.Jawapan Hannah tadi melapangkan hatinya.Mungkinkah doanya selama ni sudah dimakbulkan? Hannah dah mula terima aku ke?

20 ulasan:

  1. BEST!!!!!!!!!!!!!!!!! nak lagi...huwaaa..... ;))
    sweet sgt~~ ;p

    BalasPadam
  2. hik3...sy tau...bykkn bersabar yek...tunggu episode ari esok plak...

    BalasPadam
  3. So sweet...

    Mana ne cikgu batrisya..
    Buatlah hannah cmbru, biar dia sadar, kalau yg hadir dlm hati dia adlh perasaan cinta..

    Nak lagi kak;)

    BalasPadam
  4. uish... baru keluar x sampai setengah hari dah nak en3 baru.. haha.. simpan la untuk esok pulak.. kang boring lak... pape pon en3 ni memang best.. tq for this en3...

    BalasPadam
  5. wah sweet la depa dua ni. Uwais dgn nakalnya yg suka usik Hannah n Hannah yg elegaqnt. ahaks... lps tu boleh lak date kat dusun. but sweet bila uwais bg hadiah ikan laga. xpernah dbuat org sebelum ni. Dgn usaha sndr lg. best la uwais ni. Hannah u jgn jual mahal sgt ti org kenan kan ur hubby susah u. ahaks... ;D

    BalasPadam
  6. releks dulu...dont worry,cikgu Batrisya ade peranan yg tersendiri...bila Hannah yg prasan perfect vs dgn galz yg ada ciri-ciri isteri impian uwais..ape akan jd agaknya? har..har..har...

    BalasPadam
  7. cik writer:
    nk entry br arini gak boleh la??? Boleh??? ahaks... ;D

    BalasPadam
  8. yeeyy...x boleh....hik..hik...esok la yek? anggaplah cam tgok slot akasia kt tv3...ahakzzz...by the way..tq sudi singgah blog ni..

    BalasPadam
  9. ngeeee best..best sgt..
    smbung agi yee..
    oh ari da x de ek?? esok lak yee...alaaa
    hihihihi...walopape pon tq ntuk ntry ni^^

    BalasPadam
  10. best2 tapi bilalah hannah nak buang perangai ego dia tu ye xsbar nk tengok hannah berubah menjadi perempuan melayu terakhir tentu uwais syang sgat2 kat diakan

    BalasPadam
  11. hhhmmmmm..
    so sweet...
    i like...:)

    BalasPadam
  12. hahaha...camne nk buang klu dh sebati dlm jiwa hannah..tunggu yek..sama ada uwais berjaya rendahkan ego dia or..jadi makin teruk??....

    BalasPadam
  13. mak ooi best betul cerita ni. akak suka dengan keegoaan hannah dan sikap playful uwais.boring gak kalu heroine baik sangat. inilah kelainan cerita ni. congrats writer!!!

    BalasPadam
  14. Tq...sy pun dh x tau nk ckp ape..hihhihi....klu smua yg masuk blog ni suka ngan karya sy..teruskan follow..:)

    BalasPadam
  15. amboi romantiknyer...
    berdating kat tepi sawah bendang lg...
    hik hik hik...

    BalasPadam
  16. Best!! suker bila Uwais tangkap ikan laga tu dan hadiahkan utk Hannah.. simple yet romantik gitu.. teringat zaman kecik2 dulu, ada sawah belakang rumah..kat tali air kami berkubang dan tangkap anak ikan.. bukan Hannah jer, budak2 zaman sekarang pun ramai tak kenal buah ciku, duku, dokong...mmg baguslah penulis ceritakan pasal kampung dan budak kampung dlm citer ni... :-)

    BalasPadam
  17. hoho... salute kat crite ni. nice plot lah.. :)

    teruskan dgn karya anda yep...

    BalasPadam
  18. sweeeeetnyaa !
    suka la part niee..:)

    BalasPadam
  19. hmm mmg dah lembut hati dah tu..

    BalasPadam